Penggunaan dalam sejarah Kesatuan_hipostatik

Apollinaris dari Laodicea ialah orang pertama yang menggunakan istilah hipostasis untuk cuba memahami Penjelmaan.[9] Apollinaris percaya Yesus mempunyai sifat tuhan dan manusia yang bersatu, membentuk satu identiti tunggal—satu hipostasis.

Majlis Efesus

Pada abad ke-5, satu pertikaian timbul antara Cyril dari Iskandariah dan Nestorius. Nestorius percaya perkataan teotokos tidak boleh digunakan untuk Maria, bonda Yesus. Nestorius berhujah Yesus mempunyai dua intipati atau hipostasis yang berbeza: tuhan dan manusia. Beliau menegaskan bahawa tuhan tidak boleh dilahirkan daripada manusia kerana tuhan bersifat tidak dilahirkan. Majlis Efesus pada tahun 431, diketuai oleh Cyril dan Uskup Memnon dari Efesus, melabelkan Nestorius seorang penyokong adopsionisme (bahawa Yesus menjadi tuhan dan Anak Tuhan pada nama, bukan betul-betul) dan mengecapkan beliau sesat. Dalam surat kepada Nestorius, Cyril menggunakan kata adjektif "hipostatik" (Greek, καθ᾽ ὑπόστασιν kath' hypóstasin) untuk menjelaskan bahawa Yesus bersifat tuhan dan manusia dalam satu: “Kita mesti perhatikan semua perkataan dan ajaran ini, dan ingat apakah maksud 'menjadi manusia' .... Kami berpendapat ... bahawa Firman itu, dengan menyatukan dirinya secara hipostatik kepada manusia yang dihidupkan oleh jiwa rasional, menjadi insan dalam cara yang tidak dapat dijelaskan atau difahami.” Cyril juga menekankan “μία φύσις τοῦ θεοῦ λόγου σεσαρκωμένη, yang bermaksud "fisis ["sifat"] satu Firman Tuhan yang menjadi manusia" (atau "fisis satu Tuhan Firman yang menjadi manusia")”[10]

Majlis Kalsedon

Ahli teologi Antiokhia yang terkemuka bernama Theodore dari Mopsuestia menentang ajaran sesat monofisit Apollinarisme. Beliau percaya bahawa dalam Kristus terdapat dua sifat (diofisit), manusia dan ilahi, dan dua hipostasis yang berasingan (dalam sensa "subjek", "zat" tetapi bukan "peribadi") yang wujud bersama.[11] Walau bagaimanapun, pada zaman Theodore perkataan hipostasis boleh digunakan secara bersilih ganti dengan ousia (yang jelas bermaksud "zat" dan bukannya "peribadi") seperti yang digunakan oleh dua orang ahli teologi, Tatian dan Origen. Idea tentang bagaimana Theodore memahami peranan Kristus dalam agama Kristian, berdasarkan teks Yunani dan Latin, telah dipersoalkan selepas Ucapan-ucapan Mengenai Katekismus beliau dalam bahasa Suryani ditemui.

Pada tahun 451, Majlis Ekumenikal Kalsedon menggubal Definisi Kalsedon. Ia bersetuju dengan Theodore bahawa terdapat dua sifat dalam Yesus. Namun begitu, Majlis Kalsedon juga berkeras agar perkataan hipostasis digunakan seperti yang ditakrifkan dalam fahaman Tritunggal: untuk menandakan persona (prosopon), bukan sifat sahaja seperti Apollinaris.

Penolakan Definisi Kalsedon oleh Gereja Ortodoks Oriental

Selepas menolak Definisi Kalcedon, Gereja Ortodoks Oriental digelarkan sebagai golongan Miafisitisme kerana mereka mengikut definisi Cyril bahawa Tuhan Anak mempunyai hanya satu sifat. Mazhab Kalsedon bersaksi bahawa Yesus mempunyai "dua sifat" (bersandarkan Kolose 2:9) tetapi Ortodoks Oriental percaya ia turun daripada dan menyerupai fahaman Nestorianisme tentang Kristus.[12] Mazhab Kalsedon pula percaya Ortodoks Oriental mengikut Monofisitisme Eutyches. Walau bagaimanapun, Ortodoks Oriental bertegas mereka tidak pernah mempercayai doktrin Eutyches dan menegaskan apa yang mereka percaya tentang sifat manusia Kristus adalah sama dengan kita. Mereka lebih suka dipanggil mazhab Miafisit, seperti dalam frasa Kristologi Cyril yang mengatakan, "μία φύσις τοῦ θεοῦ λόγου σεσαρκωμένηcode: grc is deprecated " (mía phýsis toû theoû logou sesarkōménē, Tuhan yang Menjelma Menjadi Manusia bersifat satu). Miafisik bermaksud bahawa Kristus mempunyai satu sifat yang bersatu dan bukannya satu sifat yang tunggal (monofisit). Kepercayaan ini mengatakan bahawa walaupun Yesus Kristus mempunyai dua sifat, kedua-dua sifat sentiasa bekerjasama sebagai satu ketika Yesus masih hidup di Bumi.

Pada tahun 1989 dan 1990, para pemimpin dari gereja Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental menandatangani satu perisytiharan[13] supaya dapat bersatu semula (untuk lebih lanjut, lihat Miafisitisme). Dalam cara yang sama, pemimpin-pemimpin Gereja Assyria Timur, yang memuliakan Nestorius dan Theodore, menandatangani perjanjian bersama dengan pemimpin Gereja Roman Katolik pada tahun 1994 mengakui bahawa perselisihan mereka kebanyakannya mengenai istilah yang mereka gunakan, bukan maksud sebenarnya.

Rujukan

WikiPedia: Kesatuan_hipostatik https://books.google.com/books?id=ZFCoSSKTffcC&pg=... https://books.google.com/books?id=LH-cBwmmY2cC https://books.google.com/books?id=vjm8DgAAQBAJ https://books.google.com/books?id=mXPnDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=BVDsO6IbdOYC https://books.google.com/books?id=6J_YAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=9tCTomd0LcgC https://books.google.com/books?id=ZOF5DwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=9Z8GhJl6BG8C https://archive.org/details/historyofchristi00plac...